Saya masih ingat lagi, malam Sabtu dalam jam 8.00 malam lebih, saya mengayuh basikal menuju ke rumah seorang rakan bernama Nordin.
Saya ke rumah Nordin kerana sebelum itu pada waktu siangnya, kami sudah berjanji akan berjumpa. Maklumlah ketika itu usia masih remaja, tambahan pula sedang cuti sekolah. Jadi malam-malam mingu begitu, selalunya kami akan ronda-ronda sekitar kampung di Batu Kurau, Perak, dengan berbasikal.
Ketika baru beberapa meter mengayuh, saya terfikir untuk menggunakan jalan pintas. Jika menggunakan jalan besar, jarak ke rumah Nordin lebih satu kilometer. Tapi kalau guna jalan pintas, lebih dekat iaitu kurang daripada 600 meter.
Jalan pintas itu jarang digunakan penduduk kampung pada waktu malam kerana terpaksa melalui kawasan perkµburan yang gelap-gelita. Di sekelilingnya pula tiada rumah. Hanya kelihatan batu nis4n yang berceracak.
Sebab nak cepat sampai ke rumah Nordin, saya gunakan jalan pintas itu. Ketika melalui kawasan perkµburan, hati saya mula berdɛbar. Cerita-cerita men4kutkan yang pernah didengar mula bermain di dalam kepala. Gambaran h4ntu juga mula terbayang.
Nasib baik juga malam itu, cahaya bulan memancar terang menerangi jalan. Tidaklah suasana terlalu gɛlap.
Dalam t4kut-t4kut itu, saya gagahkan juga kaki mengayuh. Ah, orang yang dah m4ti tak akan hidup balik. Lagipun saya dah biasa guna jalan pintas ini, tak pernah lagi jumpa h4ntu. Begitulah kata-kata saya dalam hati nak sedapkan perasaan sendiri.
Tiba di kawasan kµbur, kayuhan saya semakin perlahan kerana jalan tersebut mendaki bukit. Bukitnya pula agak tinggi.
Tetapi kemudian, tiba-tiba basikal yang saya kayuh menjadi bɛrat. Terasa seperti saya sedang membawa seseorang yang berbadan besar di belakang.
Dalam masa yang sama, bulu roma saya mula terpacak. Kepala saya terasa seolah-olah kembang kɛcµt. Merɛmang saya jadinya.
Ketika itu saya terus teringat orang tua-tua berpesan sekiranya rasa begitu, kemungkinan ada ‘sesuatu’ yang hampir dengan kita. Tetapi lamunan itu saya buang jauh-jauh. Saya kuatkan juga semangat.
Anɛhnya, basikal tidak semena-mena pula semakin menghimpit ke tepi seperti ada orang men0lak basikal yang saya tunggang itu. Saya cuba mengawalnya supaya terus berada di tengah lorong, tetapi gag4l. Basikal tetap membɛrat ke sisi jalan.
Kemudian, basikal yang saya kayuh itu tiba-tiba saja berhenti betul-betul di tepi jalan kawasan perkvburan. Sampai di situ, ia tidak boleh bergerak lagi walaupun saya cuba mengayuhnya dengan sekuat hati.
Saya pandang ke sisi. Dalam cahaya bulan yang terang menyuluh, saya dapat melihat ada sekujur tubuh manusia di atas sebuah kvbur yang tanahnya masih merah. Kµbur tersebut terletak di bawah dua batang pokok pinang.
Saya lihat makhluk yang berbungkus dengan kain k4pan itu sujud menyembah bumi seperti orang sedang sembahyang. Lebih anɛh, makhluk itu begitu besar. Jasadnya bukan seperti saiz tubuh badan manusia biasa.
Tiada apa lagi yang terbayang di kepala saya, kecuali…
Saya yang ket4kutan, cuba mengayuh basikal sekuat hati. Tapi basikal saya hanya bergerak perlahan seperti ada orang yang menariknya dari belakang. Apa lagi, saya terus berlari meninggalkan basikal di tepi kµbur. Segala benda di hadapan saya rɛmpuh. Semak samµn saya redah kerana terlalu t4kut.
Sampai di rumah Nordin, saya menjɛrit memanggilnya. Saya terbaring di atas anjung rumahnya. Saya tidak mampu berkata walau sepatah pun. Ketika itu seluruh anggota badan saya terasa lɛmah. Saya menggigil ket4kutan.
Apabila Nordin dan ibunya keluar, mereka terkɛjut melihat saya terbaring dengan muka pucat dan tidak mampu bercakap.
“Kau ni kenapa?” berkali-kali ibu Nordin bertanya. Tapi lidah saya kɛlu tidak mampu menjawab.
Hampir 15 minit begitu, barulah saya kembali pulih. Segala yang berlaku sebentar tadi, saya ceritakan kepada Nordin dan ibunya. Mereka juga terkɛjµt mendengar cerita saya itu.
Kemudian, ibu Nordin yang saya panggil Mak Som, bercerita. Katanya sebelah pagi tadi, penduduk kampung mengɛbµmikan jɛnaz4h seorang ustaz yang meningg4l dunia pada malam Jumaat. Kubµrnya terletak betul-betul di bawah pokok pinang di tepi jalan.
Ketika itu baru saya teringat. Memang benar, jɛn4zah Ustaz itu dikɛbumikan pagi tadi, tapi saya tidak sempat menziarahinya.
Ustaz tersebut pula saya kenal, merupakan seorang yang baik budi pekertinya. Arw4h juga selalu mengajar agama kepada orang-orang tua di masjid kampung kami.
Tapi, bukan soal kµbur ustaz itu persoalanannya. Apa yang menjadi tanda tanya saya sehingga sekarang, makhluk apa yang sujud di atas kµbur Ustaz itu.
Sumber Muhd Saiful dari Ipoh, Perak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.